YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sunday 9 September 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


SET INDUKSI


Murid menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" berpandukan senikata lagu dan muzik yang diperdengarkan.


 
 
 
LANGKAH 1
 
 
Murid melihat gambar yang dipamerkan dan memberi  pendapat secara lisan tentang gambar.
 
 
 Googles Images
 
 Googles Images
 
 
Googles Images
 
 
 
LANGKAH 2
 
Murid mendeklamasikan sajak.
 
 
 
TANAH  PUSAKA  TERCINTA
 
 
Malaysiaku tercinta 
di sini tumpahnya darahku 
di sini tanah air yang kucinta 
setiaku tidak akan berbelah bahagi 
bakti kuberi 
demi agama dan bangsa.
 
 
 
Negara yang kukagumi 
bersatu padu bertoleransi 
cabaran dan rintangan
 kita patahkan bersama 
demi kemakmuranmu.
 
 
 
Wahai teman 
curahkan kesetiaan 
curahkan kasih sayang
 suburkan patriotisme
bersama menggapai cemerlang
menjadikan tanah pusaka kita terbilang.
 
 
 
Inilah tanah pusaka kita
 kedaulatannya pertahankan sentiasa.
 
 
 
 
LANGKAH 3
 
 
i. Murid menjelaskan perasaan yang dirasai selepas  menghayati sajak di atas.
 
ii. Berbincang mengenai sajak.
 
 
 
 
LANGKAH 4
 
Murid memberikan maksud bagi perkataan dan frasa  yang dicetak berwarna.
 
 
1. tumpahnya darahku - _____________
 
 
2. tidak akan berbelah bahagi -_____________
 
 
3. bertoleransi - ____________
 
 
4. patahkan bersama - _____________
 
 
5. suburkan patriotisme - _____________
 
 
6. kedaulatannya - ____________
 
 
 

 
LANGKAH 5
 
 
Murid membina ayat berdasarkan perkataan dan frasa  yang diberikan.
 
1. tumpahnya darahku 
    ______________________________
 
 
2. tidak akan berbelah bahagi
    ______________________________
 
3. bertoleransi
    ______________________________
 
4. patahkan bersama 
    ______________________________
 
 
5. suburkan patriotisme
    ______________________________
 
 
6. kedaulatannya
    ______________________________

 

 



Thursday 30 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55



                                                         google image



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
KE- 55. SEMOGA NEGARA  MALAYSIA TERUS DILIMPAHI RAHMAT DAN RAKYATNYA HIDUP DALAM  AMAN, DAMAI DAN MAKMUR........AMIN.

BANGGA SEBAGAI ANAK MALAYSIA.

Wednesday 29 August 2012

BMM3105 PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER




                                               Google Images







Hasil Pembelajaran

1.   Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar   
      talian;model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.   Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.

3.   Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.   Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.

5.   Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi 
      dalampersembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.

6.   Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

Tajuk 1
PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
    

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
 
1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej

1.1.1 Menggunakan laman web.
 
       Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

        Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:
www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com

       Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan
www.youtube.comLihat contoh di bawah.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet

 Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.


Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Alamat Internet.

Menambah Nilai Buku
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Memperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
Bergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm
Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
Pantun Melayu
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm

1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

Tajuk

URL

Sinopsis


Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

Katalog Alamat Internet
Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.

Tajuk
Tatabahasa Kata Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.


Sumber:

   
Tajuk 2
MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM P&P BAHASA MELAYU
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks .
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
Tajuk 3
APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
      

Tajuk 4

    PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  •  Memilih Bahan Sastera
  • Memilih Bahan Tatabahasa
  • Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain
      
Tajuk 5
MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej tutorial pembelajaran Bahasa Melayu